Al-kisah, dulu aku cuma ada lesen D je. Setelah sekian lama tu, terasa pulak lesen motor tu perlu dan penting dalam masa-masa kecemasan. Ye la.. mana la tahu kan, at least kalau perlu bawak moto to, tak la takut-takut sebab dah legal kan. Aku pon sekarang dah ada lesen D ngan B2.
Tahun lepas la berlaku incident ni. Tetiap pagi aku bangun awal, alasannya nak gi jogging. Sampai je rumah kawan aku, terus aku salin baju. Mestilah.... baju collar tuck in tu wajib sbb gi center tu nak belajo. lepas je seminggu belajar, aku dah ready untuk test. lagi la awal aku bangun masa hari test tu. Kol 630 aku dah kuar rumah sebab tempat test tu kat Tangkak. About 45 min jugak la dari Muar town ke sana. Alhamdulillah, sekali jalan je, everything lulus. Yeayy!!!! Aku pon balik rumah cam budak dapat 5A dalam STPM. He he he he... Lama aku simpan rahsia ni. Sehingga lah selepas 2 minggu, aku beritahu Ibu yang aku dah ada lesen moto dan amik tanpa consent dia. Apa lagi, berperang beb. seminggu tak bercakap. Hu hu hu. Tapi apa pon, lepas dengar explanation aku, dia pon OK tapi aku ni pon kekadang menggatal gak nak pinjam moto kawan rayau sana sini. Ye la.... kan dah ada lesen, so takkan nak curik curik bawak moto kan. Ngeh ngeh ngeh... Yeayyyyy!!!!